Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu di mahkamah

Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu di mahkamah

 

Pengarah, Syamsul Yusof memberi bayangan konflik rumah tangga bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana bakal berakhir.

Syamsul memaklumkan perkata itu ketika berada di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk prosiding perceraian mereka.

Bukan itu sahaja, pengarah berusia 39 tahun itu berkata dia dan Sarah sudah cuba untuk mencari cara penyelesaian terbaik dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

syamsul

InsyaAllah, hari ini selesai. Harap baik-baik sahaja. Percubaan untuk selesaikan secara baik sudah berlangsung sejak minggu lepas.

Dalam pada itu, Syamsul memaklumkan tiada kejutan lagi yang bakal berlaku kerana mereka sudah sepakat memikirkan tentang anak-anak.

Tapi, saya rasa mungkin ada berita yang baik, tak perlu suspens sebab dah berapa lama dah..

sarah

Sementara itu, Sarah berharap agar kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dan berakhir dengan perpisahan.

InsyaAllah boleh selesai semua, doakan harapnya semoga kita berpisah.