Syarat terkini pengeluaran wang KWSP 2022 untuk beli rumah

Syarat terkini pengeluaran wang KWSP 2022 untuk beli rumah

Berikut perkongsian Syarat Pengeluaran Wang KWSP yang diperlukan untuk beli rumah. Baca dengan teliti jika ingin memohon permohonan ini.

Tahukah anda KWSP ada menyediakan platform untuk para pencarum membuat pembelian rumah dengan menggunakan wang simpanan KWSP mereka.

Syarat Pengeluaran Wang KWSP Untuk Beli Rumah

Berikut dikongsikan syarat pengeluaran simpanan KWSP yang telah ditetapkan:

1. Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio apartment / service department / townhouse / SOHO / rumah kedai dengan rumah kediaman

2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi atau dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:

  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau kes lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen
  • Syarikat insurans
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan
  • Secara tunai

3. Surat perjanjian jual beli adalah tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP

4. Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan KWSP

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya:

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Syarat Kelayakan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai usia 55 tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2 (minimum RM500)

Syarat Pengeluaran Wang KWSP Untuk Beli Rumah

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Wang KWSP

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Anda hanya perlu hadir ke kaunter KWSP yang berdekatan dengan membawa dokumen:

  • KLIK Borang Pengeluaran wang KWSP 9C (AHL) (D5)
  • Salinan dokumen pengenalan diri (jika buka pemegang mykad)
  • Maklumat akaun bank
  • KLIK Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap jari gagal di kaunter atau permohonan melalui pos –
  • NOTA: KWSP berhad meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap

Cara Pembayaran Pengeluaran Wang KWSP

  • Terdapat dua kaedah pembayaran yang boleh dibuat

Bayaran dalam Malaysia

  1. Bayaran pengeluaran kan dikreditkan terus ke akaun bank ahli dengan syarat:
  2. Ahli mempunyai akaun bank aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik
  3. Bayaran dibuat dalam matawang ringgit malaysia
  4. Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank
  5. Bayaran luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut:

  1. Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara draf bank asing.
  2. Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara draf bank asing.

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Berikut dikongsikan amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli KWSP:

1. Pembelian rumah oleh individu

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
    Semua simpanan akaun 2

2. Pembelian bersama ahli keluarga terdekat atau individu lain

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah
    Semua simpanan akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan

3. Pinjaman perumahan 100%

  • 10% daripada harga rumah
    Semua simpanan akaun 2

4. Pembelian tanpa pinjaman / secara tunai

  • Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
    Semua simpanan akaun 2