Tahu suami orang, wanita tetap rela gadaikan badan demi cinta hingga hamil

Tahu suami orang, wanita tetap rela gadaikan badan demi cinta hingga hamil

 

Baru-baru ini, di laman Twitter tular satu tweet luahan seorang wanita yang terlanjur mencintai rakan sekerjanya yang juga merupakan suami orang.

Di dalam luahan tersebut, dia meminta pendapat sama ada perlu ataupun tidak dia memberitahu kepada si isteri mengenai hubungan terlarang itu.

Hamil anak suami orang

Menurut wanita tersebut, dia serta skandal sudah pun melakukan pelbagai hal bersama dan antaranya adalah ‘tidur’ bersama.

Katanya, dia sedar lelaki terbabit hanya melayan dirinya kerana nafsu dan pasti akan ditinggalkan suatu hari nanti. Oleh kerana itu, wanita terbabit tidak tahu sama ada dirinya patut beritahu isteri lelaki tersebut mengenai hubungan mereka ini kerana kini dia sedang hamil

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang dengan wanita tersebut yang ingin memberitahu mengenai hubungan ini setelah terlanjur, walhal boleh saja dia memberitahu isteri lelaki tersebut sewaktu diri ‘diganggu’.