Tahun depan baru harga barang stabil, kata PM
Harga barangan khususnya barangan keperluan harian seperti makanan yang dilaporkan meningkat mendadak sebelum ini dijangka akan stabil sepenuhnya awal tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penurunan harga itu antara lain disebabkan negara luar mula membuka sektor ekonomi masing-masing.
Menurut Ismail Sabri, walaupun rakyat Malaysia ada menternak ayam dan menanam sayuran tetapi makanan ayam serta baja dan racun masih diimport dari luar negara.
“Oleh kerana tidak ada pengeluaran jadi bila barang tu sikit permintaannya banyak tentu sahaja akan naik harga jadi kita percaya keadaan ini akan beransur pulih apabila seluruh dunia pun dah membuka ekonomi masing masing jadi pengeluaran akan kembali normal dan insyaAllah saya percaya tahun depan awal tahun depan harga akan semakin dapat diturunkan,” katanya, memetik Astro Awani.
Tambahnya bagi membantu golongan yang terkesan, kerajaan telah menganjurkan program jualan murah yang menawarkan harga barang yang rendah selain memberi peruntukan dan insentif.
“Oleh kerana tidak ada pengeluaran jadi bila barang tu sikit permintaannya banyak tentu sahaja akan naik harga jadi kita percaya keadaan ini akan beransur pulih apabila seluruh dunia pun dah membuka ekonomi masing masing jadi pengeluaran akan kembali normal dan insyaAllah saya percaya tahun depan awal tahun depan harga akan semakin dapat diturunkan,” katanya.
Tambahnya bagi membantu golongan yang terkesan, kerajaan telah menganjurkan program jualan murah yang menawarkan harga barang yang rendah selain memberi peruntukan dan insentif.