Tak dapat datang mahkamah, Puteri Sarah sakit mata, Syamsul sibuk kerja
Peguam mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan aktres itu tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding injuksi hari ini disebabkan masalah kesihatan.
Sarah sakit mata
Ketika ditemui Oh Bulan! Akberdin berkata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Kamarudin, 38, telah mengalami sakit mata.
Puteri Sarah tak dapat hadir harini dia kurang sihat kerana ada malasah sakit mata.
Syamsul kerja
Sementara itu, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul Yusof ketika ditemui selepas prosiding hari ini turut memaklumkan pengarah itu tidak dapat hadir disebabkan sibuk dengan urusan kerja industri.
Syamsul tak dapat sebab terlibat dengan kerja-kerja industri.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh keputusan injuksi (inter-parte) yang difailkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan sebelum tarikh tersebut.
Dalam pada itu, Akberdin turut memaklumkan anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi berkenaan.
Ketika ditanya antara sebab anak guamnya membantah injunksi yang dikemukakan suaminya antaranya membabitkan kebebasan bersuara.
Pada 25 Mei lalu, permohonan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, mahkamah meluluskan permohonan Syamsul melanjutkan tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit.
Mahkamah Tinggi Syariah antara lain memerintahkan Puteri Sarah dihalang mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar dan atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak mahupun media elektronik.