Tak henti berusaha, akhirnya kelab bolasepak Indonesia berjaya pikat Ronaldinho

Tak henti berusaha, akhirnya kelab bolasepak Indonesia berjaya pikat Ronaldinho

Susuk pemain bintang dunia yang akan menyertai kelab Indonesia, RANS Cilegon FC akhirnya terungkap apabila kelab itu mengesahkan Ronaldinho akan menyarung jersi kelab itu.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RANS Cilegon FC, Raffi Ahmad, mendedahkan akan ada nama besar bola sepak dunia bakal menyertai kelab dengan nama jolokan The Prestige Poenix itu.

Semalam Raffi akhirnya mendedahkan pemain yang dimaksudkan adalah bekas bintang Brazil dan Barcelona, Ronaldinho.

Raffi yang merupakan seorang artis terkenal dan kini bergelar usahawan semalam melakukan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) untuk memohon kebenaran menggunakan khidmat Ronaldinho.

Perlawanan amal

Bagaimana pun penampilan Ronaldinho bersama Rans Cilegon hanya terhad kepada perlawanan amal membabitkan pasukan itu.

Perlawanan berbentuk kejohanan mini tersebut akan diadakan sebelum bermulanya saingan Liga 1 Indonesia pada musim akan datang.

Dua lagi pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut adalah Arema FC, Persis Solo dan Persija Jakarta.

“Nanti Ronaldinho bisa main di [bersama] RANS, [menentang] Persis Solo, bisa main di [menentang Arema bisa main di [menentang]Persija,” kata Raffi Ahmad.

“Kerana yang kita cari kita akan menunjukkan kebersamaan agar Liga 1 semakin semarak,” ucap Raffi Ahmad.

“Lokasi turnamen di Jakarta. Semuanya yang terbaik akan kami siapkan,” tutur Raffi Ahmad lagi.

Dalam satu video yang dikongsikan, Ronaldinho turut mengesahkan dirinya akan beraksi di kejohanan amal tersebut.

“Hello Indonesia, saya Ronaldinho. Saya tidak sabar untuk datang bertemu Ruddy Salim dan Raffi Ahmad. Sehingga kira berjumpa nanti RANS Cilegon FC,” kata Ronaldinho.

Walaupun hanya menggunakan khidmat Ronaldinho untuk perlawanan amal tersebut, Rans Cilegon dikhabarkan berusaha untuk memujuk pemain itu untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif di Indonesia – walaupun pada saat ini kemungkinan itu kelihatan sukar.

Ini bukan kali pertama Rans Cilegon dikaitkan dengan pemain berstatus bintang dunia. Selain Ronaldinho, Raffi turut pernah cuba memancing Mesut Ozil dan Andreas Iniesta – namun hajat tersebut tidak kesampaian.