Tak perlu bayar tol kalau kesesakan jalan raya lebih 1km semasa balik raya

Tak perlu bayar tol kalau kesesakan jalan raya lebih 1km semasa balik raya

Rakyat Indonesia tidak perlu membayar tol lebuh raya jika berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer (km) semasa mudik lebaran tidak lama lagi.

Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan, pembayaran tol lebuh raya akan menjadi percuma pada waktu itu demi mengelakkan kesesakkan lebih teruk.

Menurut Agensi yang memetik laporan laman berita Suara, perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi yang dilaporkan bagi memastikan perkhidmatan tol dilaksanakan ke tahap maksimum semasa sambutan Aidilfitri.

“Jika kesesakan di gerbang tol melebihi satu kilometer maka ia tidak perlu dibayar, automatik jadi percuma.“Ini bagi mengelak kesesakan berlanjutan bagi tempoh yang lama,” kata Budi.

Bagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial dilihat seperti kurang percaya dengan jaminan itu dan dianggap sebagai strategi pemasaran semata-mata.

“Adakah jaminan ini boleh dipercayai dan bukah sekadar khabar angin?” komen seorang pengguna media sosial.

“Kita setuju sahaja sekarang dan lihat apa yang berlaku di hari kejadian,” tulis seorang lagi.