Tak reti eja ‘sosial’, pelajar ini maut dipukul

Tak reti eja ‘sosial’, pelajar ini maut dipukul

Polis sedang memburu seorang guru di India kerana disyaki telah memukul pelajarnya, Nikhil Dohre, menggunakan tongkat sehingga mati, hanya kerana melakukan kesilapan semasa mengeja.

Menurut keterangan bapa mangsa, suspek memukul Dohre, 15, kerana tersilap mengeja perkataan ‘sosial’ semasa menduduki peperiksaan.

Mangsa sempat dikejarkan ke hospital di Uttar Pradesh, tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada Isnin, 27 September.

Setelah mengetahui kematian mangsa, suspek bertindak melarikan diri dari Uttar Pradesh dan kini sedang diburu polis.

“Dia boleh lari ke mana saja, tetapi kami tetap akan memburunya sehingga ke lubang cacing,” kata pegawai polis, Mahendra Pratap Singh.

Dohre merupakan komuniti Dalit yang terendah dalam kasta di India. Komuniti Dalit dikatakan kerap menerima layanan prejudis dan diskriminasi.

Ratusan penduduk bertindak turun ke jalanan untuk membantah kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa di Daerah Auraiya, di mana lokasi kejadian itu berlaku.

Penunjuk perasaan mendesak guru terbabit ditahan sebelum mayat mangsa dibakar dalam upacara pengebumian.