Tak sempat berbuka puasa di rumah! Ramai bengang JPJ buat roadblock

Tak sempat berbuka puasa di rumah! Ramai bengang JPJ buat roadblock

KECOH di media sosial apabila Facebook Penang Brotherhood memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sekatan jalan raya dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi kapsyen bersama gambar tersebut, difahamkan sekatan jalan raya dilakukan kira-kira pukul 4 petang hingga 5.30 petang ketika waktu kemuncak orang pulang bekerja.

WhatsApp Image 2022-04-12 at 9.15.32 PM

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ itu yang dianggap menyusahkan orang ramai terutamanya bagi mereka yang mengejar masa untuk membuat persiapan berbuka puasa bersama keluarga.

Aziya Bakar berkata, seeloknya sekatan jalan raya itu dibuat selepas waktu solat Tarawih sahaja.

“JPJ buat sekatan jalan raya menyebabkan ramai orang tak sempat berbuka puasa di rumah. Buat la selepas waktu Tarawih sekatan jalan raya tu,” katanya.

jpjj

Feezzxx Marcello juga menyatakan rasa kasihan terhadap mereka yang baru pulang bekerja.

“Kesian pada orang balik kerja awal sebab nak pegi beli makanan dekat keluarga. Itu pun tak sempat ke nak masuk bazar,” katanya.

Kim Aimar pula berkata, tidak salah pun mahu mengadakan sekatan jalan raya tetapi dengan cara yang lebih betul.

“Nak buat sekatan jalan raya, kalau jalan tiga lorong, buat la tiga. Bukannya satu lorong, barulah tak berlaku kesesakan jalan,” katanya.