Tengah best melacur di rumah, dua wanita dicekup

Tengah best melacur di rumah, dua wanita dicekup

Taktik sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik rumah persendirian terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota polis di Taman Usahawan Kepong di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menahan dua wanita warga asing berusia 33 dan 34 tahun dalam serbuan pada jam 10.55 malam.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai telah beroperasi sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kediaman tersebut untuk melakukan aktiviti pelacuran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terlibat di dalam aktiviti yang kurang sihat seperti itu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206,” katanya.