Tengah malam naik notifications – “Suspicious Person Detected”

Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran yang gelap gelita. Perkara ini menimbulkan pelbagai prasangka buruk dalam fikiran seperti kelibat makhluk ghaib.
Bukan sahaja itu, ada juga individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah dan aktiviti tidak bermoral sewaktu di dalam gelap agar tidak dapat dihidu pihak berkuasa.
Tengah-Tengah Malam Notifikasi “Inform” Ada Entiti Dekat Kereta
Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di TikTok @geby_283 memaparkan notifikasi keselamatan kenderaan dipercayai miliknya. Dalam mesej tersebut menyatakan terdapat seseorang yang mencurigakan di sekitar kenderaan miliknya.
Ketika notifikasi itu diterima, hari telah pun larut malam, Perkara itu membuatkan pemilik video berasa takut apatah lagi dalam notifikasi berkenaan ‘mengesan’ kelibat seseorang berhampiran kenderaannya.
“Tengah-tengah malam naik notification ni memang tak rilek. Nak check takut tapi taknak check risaukan kereta. Fikirkan sape main tengah-tengah malam macam ni,” tulisnya dalam video berkenaan.
Ekoran diselubungi perasaan tidak ‘sedap hati’ pemilik video itu membuat pemeriksaan menerusi rakaman kamera bagi mengetahui kepastian.
Bukan Manusia, Rupanya..
Bagaimanapun, setelah diperiksa “entiti” yang dimaksudkan dalam pemberitahuan itu rupanya seekor kucing.
“Tapi bila check tengok rasa macam…” tulisnya lagi.
Selamba Duduk Atas Kereta, Tuan Cuak Takut Kereta Hilang
Hasil pemeriksaan menerusi video mendedahkan seekor kucing kelihatan duduk di atas kenderaan miliknya. Kucing berkenaan seperti melihat kamera yang dipasang di dalam kenderaan berkenaan.
Tambahan lagi, si bulus itu ‘selamba’ duduk di atas kenderaan berkenaan untuk menyucikan bulunya.
@geby_283 Suspicious ‘person’ detected! #seram
Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dan terkejut dengan “plot twist” setelah melihat video berkenaan. Bahkan ada sesetengah netizen memberikan padangan dan teori masing-masing.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 600,000 tontonan, lebih 92,000 tanda ‘Suka’ dan lebih seribu komen daripada pengguna kurang dari 24 jam.