Terbaik Kerajaan Selangor! Kelantan dan Terengganu dapat bantuan banjir

Terbaik Kerajaan Selangor! Kelantan dan Terengganu dapat bantuan banjir

Kerajaan Negeri Selangor menghulurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban atas musibah banjir.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM500,000 untuk setiap negeri. Dana tersebut daripada Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor 2022.

“Kerajaan Negeri juga bersedia memberi bantuan kemanusiaan pasca banjir melalui Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) dan Sukarelawan Selangor (SERVE).

“Acara Sambutan Ambang Tahun Baru peringkat Negeri Selangor juga dibatalkan demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menerusi laman sesawang Info Bencana JKM setakat 3.15 petang , jumlah mangsa banjir ialah seramai 22,439  di Kelantan dan 23,919 di Terengganu.