Terkini! Akhirnya Sanusi dapat gelaran Datuk Seri

Terkini! Akhirnya Sanusi dapat gelaran Datuk Seri

 

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dikurniakan anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah oleh Sultan Kedah, yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Darjah tertinggi itu dikurniakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-79, dan menurut pembantu Sanusi, ia diwartakan hari ini.

Menurut laporan FMT, anugerah ini dikurniakan kepada individu yang berpangkat tinggi dan berwibawa, selain terkenal dengan kecemerlangan prestasi mereka, menurut pembantu Sanusi.

Sanusi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 17 Mei 2020, susulan peletakan jawatan Mukhriz Mahathir.

Beliau adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Ketua Bahagian Sik.