Terkini! Anwar Ibrahim pula bertarung melawan Covid19

Terkini! Anwar Ibrahim pula bertarung melawan Covid19

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook Presiden PKR berkenaan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini.

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan di Parlimen, hari ini

Kit Siang dan Anwar hadir dalam Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, semalam.