Terkini! Dr Kamarul kena bayar RM10 ribu, saman terhadap pemimpin DAP ditolak

Terkini! Dr Kamarul kena bayar RM10 ribu, saman terhadap pemimpin DAP ditolak

Alhamdulillah..

Hari ini ditetapkan untuk keputusan kes Kamarul Zaman Bin Yusoff lawan Zulhazmi Shariff di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (WA-B52CY-5-07/2021).

Kes ini telah difailkan oleh Kamarul Zaman pada 29 Julai 2021 berkaitan posting di facebook saya pada 28 April 2021 dan pada 30 April 2021.

Di dalam kes ini saya mewakili diri sendiri tanpa khidmat peguam. Setelah melalui perbicaraan penuh beberapa kali dengan pihak Plaintif memanggil empat (4) saksi maka hari ini Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberikan keputusan.

Keputusannya tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rahmatMu.

ZULHAZMI SHARIFF
Naib Pengerusi DAP Kedah