Terkini! Ketua Hakim Negara ketuai panel Hakim proses rayuan akhir Najib

Terkini! Ketua Hakim Negara ketuai panel Hakim proses rayuan akhir Najib

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Menurut Utusan, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Najib merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 yang mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (Kini Hakim Mahkamah Rayuan) selepas Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram dana SRC International.