Terkini! Najib dilayan istimewa, hanya didenda RM4 ribu sahaja berkempen seluruh Melaka

Terkini! Najib dilayan istimewa, hanya didenda RM4 ribu sahaja berkempen seluruh Melaka

 

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengeluarkan kompaun RM20,000 kepada Perikatan Nasional (PN) Melaka susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis melibatkan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Malaysiapost melaporkan, KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Muhyiddin tidak dikenakan sebarang kompaun, sebaliknya PN Melaka ditawarkan kompaun RM20,000 selaku penganjur perhimpunan tersebut.

Menurut KKM tawaran kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021].

KKM turut memaklumkan JKN Melaka mengeluarkan satu lagi kompaun bernilai RM4,000 kepada individu yang menganjurkan program dihadiri Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

Sama seperti Muhyiddin, Kementerian itu menjelaskan tiada kompaun dikeluarkan kepada Najib sebaliknya hanya kepada pihak penganjur.

“Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut.

“Pihak KKM dan JKN Melaka dengan kerjasama PDRM akan terus memantau pematuhan SOP khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

“KKM tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar mana-mana SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara (PPN),” kata kenyataan itu.

Sementara itu KKM memaklumkan hasil siasatan oleh pihak JKN Melaka mendapati tiada aktiviti berbentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka sepanjang tempoh lawatan kedua-dua pemimpin tersebut

Sebaliknya lawatan tersebut lebih berbentuk walkabout oleh dua individu berkenaan.