Terkini! Najib semakin terdesak, Hakim tolak rayuan Najib tangguh perbicaraan

Terkini! Najib semakin terdesak, Hakim tolak rayuan Najib tangguh perbicaraan

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan pasukan pembelaan Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran permohonan utama kes SRC International.

Tengku Maimun berkata, pihak terlibat sebelum ini sudah maklum bahawa tarikh pendengaran ditetapkan pada 15 hingga 26 Ogos dan sepatutnya telah membuat segala persiapan.

Dia bagaimanapun membenarkan pendengaran permohonan itu ditangguh ke hari Khamis minggu ini.