Terkini! Peja buat ‘perangai kartun’ lagi, minta maaf salah bagi maklumat
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu meminta maaf kepada pemilik dan pengendali gimnasium atas kesilapan makluman yang mengatakan bahawa gimnasium di negeri-negeri di bawah Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk dibuka semula hari ini.
Kata Faizal, pihaknya akan menggesa pembukaan semula gimnasium secepat mungkin, lapor Malaysiakini.
Timbalan Faizal, Ti Lian Ker sebelum ini dipetik The Star mengenai pembukaan semula gimnasium di negeri-negeri di bawah Fasa 2 dan 3 mulai hari ini (17 September) dan seterusnya.
“‘Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat.
”Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya seperti dipetik The Vibes.
Ti kemudian menjelaskan kenyataannya dan memberi jaminan bahawa pengendali gimnasium akan dibenarkan untuk beroperasi semula setelah prosedur operasi standard (SOP) baru diluluskan oleh MKN.
“Kami telah menyerahkan SOP baru kepada MKN dan sebaik diluluskan, gimnasium akan dibenarkan untuk dibuka,” kata Ti.
Dalam laporan awal, Ti mengatakan hanya pelanggan yang sudah diberi vaksin sepenuhnya dan kakitangan gimnasium dibenarkan masuk ke premis tersebut.
SOP semasa menyatakan bahawa di bawah Fasa 2 PPN, semua aktiviti sukan dan rekreasi di pusat kecergasan, termasuk studio kecergasan dilarang.
Walau bagaimanapun, kerajaan kemudian mengumumkan bahawa sukan bersentuhan akan dibenarkan di kemudahan sukan dalaman dan terbuka di negeri-negeri di bawah Fasa 2 dan Fasa 3 PPN, dengan syarat kemudahan itu dipantau oleh kakitangan.