Terkini! Rauf sahkan pemimpin Umno sendiri yang jatuhkan kerajaan Melaka

Terkini! Rauf sahkan pemimpin Umno sendiri yang jatuhkan kerajaan Melaka

 

Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Jusoh mendakwa, perancangan menjatuhkan kerajaan negeri yang diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang Datuk Seri Idris Harun sebenarnya mendapat restu ketua pembangkang itu.

Beliau berkata, Idris telah bersekongkol dengan PH dan berjaya meyakinkan pembangkang untuk memilih beliau menjadi Ketua Menteri baharu kerana didakwa memiliki majoriti sokongan surat akuan bersumpah (SD).

Namun, Rauf berkata, Anwar telah meminta Idris untuk mengumumkan secara terbuka terlebih dahulu menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum tindakan seterusnya dilakukan.

“Selepas habis sidang DUN pada 24 September, saya menerima berita sumber semua ahli pembangkang berkumpul di pejabat pembangkang dan mengaitkan nama Sungai Udang (Idris) untuk dipilih sebagai Ketua Menteri baharu.

“Pengerusi Amanah, bekas Ketua Menteri dari PH Adly Azhari yang menjadi orang tengah, menghubungkan Sungai Udang dengan PH, dengan DAP, dengan pembangkang, maka keluarlah surat akuan bersumpah SD untuk menyokong Sungai Udang menjadi Ketua Menteri.

“Dan Anwar Ibrahim telah mengetahui perkara itu dan meminta Sungai Udang untuk membuat pengumuman secara terbuka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri terlebih dahulu, maka itu yang terjadi pada 4 Oktober,” ucapnya dalam majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, di PWTC, Kuala Lumpur, malam ini.

Rauf menambah, krisis politik yang berlaku di Melaka sehingga terpaksa mengadakan PRN disifatkan sebagai ‘Tragedi Oktober’.

“Saya menjenama apa yang berlaku di melaka ini sebagai tragedi Oktober. Ianya bermula pada 4 oktober hari isnin.

“Adalah malang apabila gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka oleh dua orang ahli Umno sendiri. Bersepakat dengan rakan-rakan mengelirukan fakta dan bersekongkol dengan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan negeri bersama PH,” katanya, menurut laporan Malaysiapost.