Terkini! Rundingan kerusi PH selesai harmoni, kata Adly

Terkini! Rundingan kerusi PH selesai harmoni, kata Adly

 

PAKATAN Harapan (PH) mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November depan.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata keputusan itu dibuat menerusi rundingan muafakat sesama parti dalam komponen PH yang mana ia disifatkan sebagai satu strategi penting untuk beroleh kemenangan pada PRN itu nanti.

“Kita melalui muafakat PH memang menstrategikan kedudukan parti masing-masing supaya yang paling penting ialah bila keputusan dibuat kita boleh mencapai kemenangan dan dipilih oleh rakyat Melaka,” katanya seperti dilapor Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program pembersihan Pantai Puteri sempena Hari Alam Sekitar anjuran sukarelawan #IniRumahKita, hari ini.

Sementara itu, Adly berkata, rundingan kerusi membabitkan parti komponen PH akan dimuktamadkan selewat-lewatnya, Selasa depan.

Beliau berkata, berkata selain itu pihaknya juga akan memutuskan pemilihan calon bertanding mewakili PH pada PRN Melaka

“Kami yakin sebelum pertengahan minggu depan, kami sudah boleh muktamadkan. Setakat ini, Amanah menjangka bertanding antara lapan hingga 10 kerusi.

“Ada beberapa kerusi lagi belum dimuktamadkan. Justeru, kami akan mengadakan rundingan lanjut dengan rakan PH,” katanya.