Terkini! Tawaran diskaun 80% saman dilanjutkan hingga 31 Disember

Terkini! Tawaran diskaun 80% saman dilanjutkan hingga 31 Disember

TEMPOH tawaran pengurangan kompaun saman polis sempena 100 Hari Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan di Facebook m Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini.

“Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya, memetik Malaysiapost.

Justeru, menurut JSPT orang ramai boleh menjelaskan saman di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah di seluruh negara.

“Selain itu, orang ramai juga boleh membayar saman menerusi portal dan aplikasi mudah alih ‘Mybayar Saman’, di pejabat pos atau perbankan ATM Maybank.

“Ayuh, rebutlah peluang ini untuk menjelaskan tunggakkan saman anda dan memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini bagi mengurangkan beban akibat situasi sukar semasa pandemik Covid-19,” katanya.