Terkini! TikTok paling popular 2021, Facebook ketinggalan ke belakang
Tidak dapat dinafikan aplikasi TikTok, kini semakin mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia.
Jika dahulu ia hanya digunakan oleh mereka dari golongan generasi Z (Gen Z) namun kini penggunanya turut terdiri dari orang yang lebih dewasa dan berumur.
Ini kerana aplikasi ini memudahkan penggunanya untuk menghasilkan video kreatif yang bukan sahaja cantik malahan menarik untuk dikongsikan kepada umum.
Jika dahulu ia hanya dipenuhi dengan video-video tarian atau lip-sync, kini ia semakin berkembang dan penuh dengan konten tips, masakan, short video, lawak dan banyak lagi hingga mampu bersaing dengan aplikasi yang lebih awal seperti Snapchat, Instagram dan Youtube.
Namun siapa sangka tahap populariti TikTok saban hari terus meningkat apabila mereka dilaporkan menjadi laman paling banyak di lawati untuk tahun 2021.
Apa yang lebih mengejutkan apabila mereka turut berjaya mengatasi laman carian enjin paling popular iaitu Google di tempat kedua dan laman media sosial Facebook, ketiga.
Statistik data tersebut dikongsikan Cloudflare, Inc. bagi tempoh suku keempat (Q4) tahun 2021 (September-Disember 2021)
Senarai 10 laman paling banyak dilawat bagi tahun 2021
1 TikTok.com
2 Google.com
3 Facebook.com
4 Microsoft.com
5 Apple.com
6 Amazon.com
7 Netflix.com
8 YouTube.com
9 Twitter.com
10 WhatsApp.com
Kedudukan ini agak mengejutkan kerana TikTok pada tahun lalu hanya berada di kedudukan ke-7 bagi lawan web paling popular.
Namun sejak Februari 2021, mereka berjaya melonjak ke 5 teratas malah mereka berjaya mengekalkan penguasaan sebagai dua laman yang paling popular sejak Jun 2021.
Sebagai info, Cloudflare yang berpangkalan di Amerika Syarikat merupakan laman yang menyediakan perkhidmatan keselamatan untuk laman sesawang dan aplikasi.