Terpaksa pindah rumah sebab jiran marah anak Autisme buat bising

Terpaksa pindah rumah sebab jiran marah anak Autisme buat bising

Berkongsi secara terbuka mengenai perkembangan anak, laman sosial Adam’s Autism Family mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Rata-rata memuji ketabahan keluarga ini membesarkan anak autism sekali gus membuka mata, memberi kesedaran serta mendidik masyarakat mengenai anak ini.

Keluarga Adam autism terpaksa pindah rumah

Terbaru, keluarga ini difahamkan terpaksa pindah rumah selepas tuan rumah tak sambung kontrak mereka.

Berdasarkan maklumat sahih yang diterima mereka, kontrak dipercayai tak disambung kerana tuan rumah tertekan dengan ‘complaint’ jiran tetangga. Katanya, Adam bukanlah bising setiap masa dan mereka memang merancang untuk berpindah apabila rumah siap beberapa tahun lagi.

Keluarga ini bagaimanapun percaya dan reda dengan perancangan Allah SWT. Mereka turut meminta maaf kalau anak membuatkan hidup jiran tetangga tidak selesa sebelum ini.