Tetamu panik, lembu ‘serbu’ majlis kenduri kahwin

Tetamu panik, lembu ‘serbu’ majlis kenduri kahwin

 

Kenduri merupakan amalan tradisi orang Melayu yang masih lagi dilakukan sehingga kini.

Antara kenduri yang dilakukan adalah kenduri Aqiqah, kenduri doa selamat dan juga kenduri perkahwinan.

Apabila bercakap mengenai kenduri perkahwinan, pastinya kita semua dapat membayangkan kemeriahannya. Jika di kampung, kebanyakan kenduri perkahwinan hanya dilakukan di rumah sahaja.

Selain sanak saudara dan sahabat handai, kenduri tersebut turut dihadiri oleh orang-orang kampung.

Namun begitu, baru-baru ini tular di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @addid15  mengenai beberapa ekor lembu yang menyerbu kenduri kahwin.

Lembu ‘Rampas’ Makanan Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Menerusi video tersebut, kelihatan empat ekor lembu tiba-tiba ‘singgah’ ke majlis itu sehingga mengejutkan tetamu yang lain.

Kebanyakan tetamu dilihat berdiri sejurus lembu-lembu tersebut datang dan ‘mencuri’ makanan yang berada di atas meja.

Ada di antara tetamu yang menjerit dan ketakutan dengan kehadiran haiwan-haiwan itu.

Menurut pemilik video, kejadian tersebut berlaku di Kampung Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah.

“Lembu tu dah dua kali datang masa majlis merenjis pengantin, tak sempat pula rakam.

“Memang menganggu jemputan tetamu lah masa tu, habis berselerak meja, orang ramai ketakutan.

“Bukan seekor dua, lembu tu bawa keluarga,” jelas Adidd ketika dihubungi SK.

Mengulas lanjut, Adidd berkata bahawa lembu tersebut datang dari kampung sebelah.

“Lembu tu orang kampung sebelah punya, dibiarkan tak dikurung,” katanya.

Kecoh, sapi tiba-tiba datang ke majlis kahwin

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 200 ribu tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kejadian tersebut. Ada yang berseloroh bahawa lembu itu datang kerana ada yang beri kad jemputan.

lembu 'rampas' makanan tetamu

lembu 'rampas' makanan tetamu

lembu 'rampas' makanan tetamu