Timbalan Menteri agama biadap potong double line, potong barisan di jalan raya
Segelintir pemilik MPV mewah mempunyai ‘ego’ tersendiri sehingga mereka ‘berani’ berbuat apa sahaja semasa menggunakan jalan raya yang menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa mengalah dan memberi laluan kepada mereka.
Baru-baru ini tular satu video sebuah MPV dirakam memotong barisan semasa pengguna jalan raya lain sedang menunggu lampu isyarat bertukar menjadi warna hijau.
Lelaki yang berkongsi video berkenaan mendakwa MPV tersebut adalah milik seorang ahli parlimen yang baru sahaja dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu MPV ketika waktu itu kerana menyusahkan pengguna jalan raya lain apabila kereta tersebut memotong di garisan berkembar, beberapa kereta dan lori dari arah bertentangan terpaksa menghimpit ke tepi jalan untuk memberikan laluan kepada MPV tersebut.
@JPJ_Malaysia Boleh saman kah https://t.co/QZgekVAzx2
— 🇲🇾ybk🇲🇾 (@ucoptempe) September 26, 2021
@JPJ_Malaysia @PDRMsia_Trafik dah boleh ambil tindakkan kan? bukti ada 😁 https://t.co/628XWE2V7Z
— Paksu Abdul (@PaksuAbdul) September 26, 2021
let’s see what @JPJ_Malaysia would do about this. evidence is up on this app though so it’s a big time to act with no double standards 😉 https://t.co/BnbQEc9A5v
— Karmila (@karmilanazar) September 27, 2021
Pada masa yang sama, netizen-netizen juga meminta pihak berwajib mengenakan hukuman sewajarnya terhadap pemandu MPV ketika waktu kejadian kerana kesalahannya telah terakam di dalam video yang tular ini, lapor Vocket.
Menurut JPJ, memotong di garisan berkembar berisiko menyebabkan kemalangan, membahayakan diri sendiri dan orang lain. Setiap pemandu yang melakukan kesalahan sedemikian boleh didenda sebanyak RM300.