Tok Mat mengaku PRN Melaka penentu ajal dan maut Umno

Tok Mat mengaku PRN Melaka penentu ajal dan maut Umno

 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai “ajal dan maut” bagi Umno, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berucap pada pelancaran jentera pilihan raya bagi PRN Melaka, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata ramai mahu melihat Umno dikuburkan di Melaka.

“PRN Melaka amat penting kepada parti kita, ia ukaran prestasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)…bertembung antara ‘ajal dan maut’.

“Jika tidak betul urus, maut menanti,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiapost.

“Orang nak lihat kita kecundang di Melaka, banyak orang nak kuburkan kita di Melaka.

“Kita lihat siapa yang nak ditalkinkan dan dikuburkan di Melaka,” kata Tok Mat lagi.

Oleh itu bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata Melaka sebagai kubu kuat Umno harus dipertahankan.

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diketuai bekas ketua menteri, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sementara itu, mengajak rakan komponen BN supaya bergerak sebagai satu pasukan dalam PRN Melaka.

“Kita bukan nak tubuh kerajaan Melayu, bukan kerajaan Islam, kita nak tubuh kerajaan BN yang berbilang bangsa,” tambahnya lagi.