Tragis! 10 maut dalam kemalangan ngeri babit tiga kereta, sebuah treler

Tragis! 10 maut dalam kemalangan ngeri babit tiga kereta, sebuah treler

Seramai 10 orang penumpang kereta maut dalam tragedi yang menyayat hati membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam lewat malam tadi.

Mangsa yang terkorban dalam nahas itu terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing satu lelaki serta perempuan dewasa.

WhatsApp-Image-2021-12-18-at-08
Keadaan kereta yang remuk teruk.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam.

Menurutnya, kematian 10 orang mangsa itu melibatkan penumpang kereta Proton Wira.

Manakala, seorang lelaki dewasa yang menaiki kereta Proton Wira lain turut maut dalam kejadian tersebut manakala seorang wanita dewasa bersamanya selamat.

Lelaki yang menaiki Perodua Axia pula patah kaki dan perempuan dewasa yang menaiki kenderaan sama cedera ringan.

WhatsApp-Image-2021-12-18-at-08
Sebuah kereta Proton Wira yang hancur dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori di Lebuh Raya Elite lewat malam tadi.

Treler yang membawa seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak terselamat.

“Keseluruhannya sebanyak 17 mangsa terbabit dalam kemalangan ini membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas dan dibantu sebuah kren bagi mengangkat lori treler.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi keseluruhan tamat pada jam 2.40 pagi Sabtu,” ujarnya.