Tragis! Guru maut dirempuh lori dalam perjalanan ke sekolah

Tragis! Guru maut dirempuh lori dalam perjalanan ke sekolah

 

Seorang guru dalam perjalanan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Melaka maut selepas keretanya dirempuh sebuah lori, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi mangsa, Sakura@Muna Sakura Muhammad Perang, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Honda City dalam perjalanan dari arah Taman Nuri menuju ke sekolah berkenaan.

Katanya, setiba di simpang tiga Jalan Alor Gajah Lama, mangsa yang cuba membelok ke kanan dirempuh sebuah lori dan diseret lebih 6 meter.

“Siasatan awal mendapati lori itu dari arah Krubong ke Nyalas. Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menurut laporan Kosmo.