Tular lembu menyorok dalam longkang, “Mungkin takut kena korban”
Tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan seekor kerbau sedap terbaring di dalam sebuah longkang.
Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @nabil_zainudin.
Menurut perkongsian itu, kerbau terbabit didapati sedang terbaring secara terbalik dalam sebuh longkang yang hanya memuatkan badannya sahaja.
Kerbau itu dilihat tenang dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi sambil lelaki terbabit merakam videonya.
“Awal nauu nyorok raya korban minggu depan,” tulis kapsyen muat naik video tersebut yang bergurau dan mengaitkan sambutan perayaan hari raya korban pada Khamis depan.
Dalam rakaman video itu lagi, lelaki yang merakam kejadian tersebut sempat mengatakan sesuatu kepada kerbau berkenaan.
“Eh, apa buat dekat situ. Tidur, hah?. Tidur dalam longkang sempit ni. Macam mana nak keluar,” kata lelaki terbabit kepada kerbau tersebut yang sedang terbaring.
Di mana lokasi kejadian dan bagaimana kerbau itu boleh terjatuh ke dalam longkang tersebut tidak dapat diketahui.
Kerbau akhirnya berjaya diselamatkan
Walau bagaimanapun, kerbau itu dipercayai telah berjaya diselamatkan.
Menerusi perkongsian video yang berasingan, lelaki tersebut berkata bahawa kerbau berkenaan telah diselamatkan. Haiwan itu dikatakan telah diangkat menggunakan ‘backhoe’ atau jengkaut.
Muat naik video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menontonnya. Malah mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkaitan dengan video tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Tolong la bang keluarkan, member nak nangis dah tu,” tulis seorang netizen yang bergurau.
“Kerbau: nanti lepas raya Haji saya keluar,” tulis seorang lagi netizen yang bergurau dengan apa yang terjadi kepada kerbau tersebut.
“Allahu, kesiannya dia terjatuh tu. Tak boleh bangun balik. Nampak matanye menangis tu,” tulis seorang lagi netizen.
Terdahulu, seekor kerbau gergasi dilaporkan bakal menjadi kerbau paling mahal di Thailand apabila pemiliknya berhasrat untuk menjualnya dengan harga 50 juta baht (RM6.5 juta).
Kerbau yang dinamakan sebagai “Petch Lamkhong” itu dikatakan berusia tiga tahun lima bulan dan diternak di Big Ice Farm di Phitsanulok.
Difahamkan, kerbau itu disahkan seberat 1.4 tan ketika menyertai Peraduan Kerbau Gergasi Phitsanulok ke-6 baru-baru ini.
Pertandingan itu diadakan sempena sambutan Hari Pemuliharaan Kerbau Thailand yang diadakan pada 14 Mei.
@nabil_zainudin Awal nauuu nyorok raya korban minggu depan🙃