Ular ditemui ‘beranak-pinak’ dalam aircond undang rasa bimbang

Ular ditemui ‘beranak-pinak’ dalam aircond undang rasa bimbang

 

Ular adalah haiwan reptilia yang agresif dan sangat merbahaya kerana boleh mendatangkan kematian serta pelbagai bentuk kecederaan kepada mangsanya.

Walaupun ada sesetengah spesisnya tidak berbisa, namun kehadirannya pasti akan menimbulkan rasa takut khususnya kepada manusia.

Ular lazimnya ditemui di dalam hutan atau di kawasan semak samun, namun dalam satu video yang tular ini lain pula ceritanya.

Video yang dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di akaun TikTok memaparkan penemuan ular di bahagian penyaman udara sebuah rumah.

Menurut APM, kesemua ular yang ditemui berjumlah enam ekor. Pihak APM juga turut menasihati supaya orang awam lebih peka dengan kehadiran haiwan ini khususnya pada musim panas.

“Depa buat rumah pula dalam aircond, panas panas ni hampa pi check cepat kat rumah hampa, steady je akak @Soley ni pegang 6 ekor terus,” tulis muat naik video tersebut.

 

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa takut dan ngeri dengan kejadian itu.