Ustazah ini sebak terima kejutan daripada anak murid ketika PdPR

Ustazah ini sebak terima kejutan daripada anak murid ketika PdPR

Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan zaman persekolahan adalah salah satu zaman terindah bagi kita.

Disinilah anda berkenalan dengan rakan hingga ada yang kekal rapal hingga ke hari tua.

Tidak kurang juga dengan guru dimana ada segelintir yang terus berhubungan dengan anda apatah lagi mereka umpama ibu bapa kita sewaktu berada di sekolah.

Terbaru tular satu video di media sosial memaparkan seorang ustazah menitiskan air mata dek kerana terharu dengan kejutan yang diberikan oleh anak muridnya sewaktu kelas PdPR.

Menerusi video tersebut, ustazah itu pada mulanya menyangkakan beliau menghadapi masalah internet kerana tidak mendengar suara anak muridnya. Malahan semua para pelajarnya juga tidak menunjukkan wajah.

Kelihatan tidak senang duduk, ustazah itu kemudiannya memanggil-memanggil beberapa nama anak muridnya namun langsung tiada yang menyahut panggilan beliau.

“Kenapa tak nampak satu muka pun”

“Kenapa ustazah tak nampak satu muka pun. Internet ustazah yang problem ni.

“Dengar tak suara ustazah ni? Setting dah betullah ni,” katanya sambil membetulkan kedudukan gajet beliau.

Saat ustazah terima kejutan

 

Selamat hari jadi ustazah

Namun beliau kemudian dikejutkan dengan suara semua anak muridnya yang serentak mengucapkan selamat hari jadi buatnya.

Beliau yang terkejut dan terharu nyata begitu gembira dan terharu dengan ucapan kejutan tersebut yang diberikan anak murid kesayangannya.

“Terima kasih semua, terima kasih sebab ingat ustazah.

“Masya Allah, kamu semua ni kan, ustazah ingat telefon ustazah yang masalah” kata beliau dalam keadaan sebak.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai warga TikTok. Setakat artikel Buzzkini ditulis video yang dikongsikan @Mohammad Harris itu sudah meraih 3 juta tontonan, 561 ribu tanda suka dan 15 ribu komen.