[Video] Sebak: Suami tengah nazak, isteri bawa kekasih minta izin kahwin lain

[Video] Sebak: Suami tengah nazak, isteri bawa kekasih minta izin kahwin lain

Seorang wanita di Palembang, Sumatera Selatan menjadi tular apabila tergamak meminta izin berkahwin dengan kekasih gelap kerana suaminya sedang sakit tenat, lapor laman Wolipop semalam.

Rakaman video wanita itu meminta agar suaminya yang sedang terbaring di dalam rumah mereka dimuat naik oleh anak pasangan tersebut, Sehen Ki Agoeng di laman TikTok.

Wanita itu mengajak teman lelaki ke rumah untuk memberitahu suaminya bahawa dia ingin berkahwin lain.

[VIDEO] Pilu! Suami tengah nazak, isteri bawa kekasih gelap minta izin kahwin lain

Dalam video yang tular itu, si isteri dan lelaki simpanannya hanya berdiri acuh tak acuh sambil melihat keadaan suami yang terbaring lesu.

“Selepas ibu menyampaikan pesanan terakhir kepada ayah, dia meminta izin untuk keluar rumah,” tulis kapsyen video.

Sementara itu, anak pasangan itu memaklumkan bahawa bapanya sudah reda ditinggalkan isteri meskipun dengan cara kejam seperti itu.

COMMENTS