[Video] Wanita ini gigih gendong suami OKU dari tingkat 4 setiap kali bawa ke hospital

[Video] Wanita ini gigih gendong suami OKU dari tingkat 4 setiap kali bawa ke hospital

Membina sebuah perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah, malah setiap pasangan berdepan dugaan yang berbeza-beza untuk menguji cinta suci mereka.

Ada yang berdepan dengan ketiadaan anak, kesusahan ekonomi dan ada juga yang diuji dengan sakit.

Namun sudah menjadi perjanjian dengan Allah SWT, mereka yang bersabar pasti akan mendapat ganjaran yang hebat dariNya suatu hari nanti.

Isteri sanggup jaga suami OKU undang perhatian ramai

Hal ini samalah seperti apa yang dilalui oleh seorang isteri apabila dia perlu menjaga suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mengundang perhatian ramai di Facebook.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang aktivis kemanusiaan yang dikenali sebagai Hamsatul Hamzah yang tampil untuk memberikan bantuan kepada Cikgu June.

Anggap suami adalah syurga, ingin sentiasa bersamanya

Jelas Hamsatul, Cikgu June menyatakan bahawa dia akan sentiasa bersama dengan suaminya itu kerana dia merupakan syurga buatnya.

“Suamilah syurga saya, susah senang saya ingin sentiasa bersamanya,” kata Cikgu June kepada Hamsatul kekita dia hadir bersama rakan-rakannya ke tempat kerja wanita itu untuk menghulurkan bantuan.

“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospitalm beliau akan mengendong suaminya yang sakit dari tingkat 4 kediaman mereka sehingga ke bawah.

“Tanpa jemu berada di samping suami setiap adanya temu janji untuk berjumpa doktor,” jelas Hamsatul.

Kongsi video papar keadaan Cikgu June ketika angkat suami

@hamsatulhamzah

Memahami kepayahan yg dialami olh Cikgu June, seorg is3 yg tabah dan setia, kami membantu semampu mungkin. Dgn kerjasama Persatuan OKU Berdaya, kini Cikgu June tidak perlu lg mengendong suaminya turun ke bawah. #ziarahkebajikan #MuslimatBangi #AndadiHatiKami #prihatin #bersihdanstabil #CapCut

♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Menerusi hantaran tersebut Hamsatul turut berkongsi satu video yang memaparkan keadaan Cikgu June setiap kali dia mengangkat suaminya untuk dibawa turun dari rumah mereka.

Ada yang sudi hulurkan bantuan selepas ini

Melihat kegigihan itu Hamsatul kemudian memaklumkan bahawa pihaknya bersama dengan Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat telah menyalurkan bantuan di mana suaminya itu akan di angkat oleh pihak berkenaan jika mempunyai temu janji rawatan susulan di hospital.

Dia dalam masa sama turut berharap agar Allah SWT akan mempermudahkan setiap urusan Cikgu June sekeluarga dan berdoa agar suaminya dikurniakan kesembuhan.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami Cikgu June mahupun Hamsatul tidak berkongsi apakah sakit yang dihadapi oleh suaminya.

@junenick81

Semoga Allah permudahkan urusan kami ❤️

♬ Demi Cinta Suci – UNIC

Namun, wanita yang juga guru di sebuah tadika islamik ini sering berkongsi keadaan suaminya di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan Cikgu June agar dia sentiasa kuat dan tabah dalam menjalani dugaan ini.

‘Allahu, semoga Cikgu June terus kuat, terus tabah.. diberi kesihatan yang baik…’

‘Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’

‘Semoga dipermudahkan urusan beliau dan suaminya..’