Viral! Lelaki tiba-tiba berhenti kereta dan pukul penunggang basikal guna besi

Viral! Lelaki tiba-tiba berhenti kereta dan pukul penunggang basikal guna besi

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki warga asing dipukul seorang lelaki dengan sebatang besi. Apa kes pula ni?

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung – Segari pada 13 Mac lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Pihak polis telah mengenalpasti suspek dan dia juga dikatakan akan hadir untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung.

Kita mengesan pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan yang berasal dari Ayer Tawar, Manjung. Lelaki berusia 50-an itu memaklumkan keretanya dipinjam oleh rakannya iaitu suspek pada hari kejadian.

Susulan itu, kita juga sudah mengenal pasti suspek berusia 30-an yang berasal dari Batu Gajah dan dia akan datang untuk beri keterangan esok.

Walaubagaimanapun, mangsa yang dipercayai seorang warga asing yang menunggang basikal dalam video yang tular itu masih belum membuat laporan polis berhubung hal ini.