Wanita ini ajar cara nak dapatkan refund dalam Touch n Go

Kad Touch n Go (TNG) kini bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar tol sahaja, tetapi ia kini digunakan secara meluas.
Sebagai contoh dengan adanya kad TNG anda boleh menggunakan kad tersebut di tempat letak kenderaan, pengangkutan awam, kedai serta banyak lagi.
Kebiasaanya mereka yang mempunyai TNG ini akan menyimpan beberapa jumlah wang di dalam kad tersebut bagi memudahkan penggunaannya.
amun, pernahkah anda berhadapan dengan situasi seperti kad hilang atau rosak atau expired kerana sudah lama tidak digunakan dan bagaimana dengan wang yang ada dalam kad tersebut?
Haa tahu tak sebenarnya anda boleh dapatkan semula wang yang ada di dalam kad berkenaan?
Cara dapatkan semula wang dalam kad TNG
Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, Anisssurayaaa telah berkongsikan beberapa cara untuk anda mendapatkan semula wang yang ada di dalam kad TNG.
Jom kami kongsikan kepada anda beberapa langkah dan syarat yang perlu dilakukan:
#1 Buka laman sesawang Touch n Go

#2 Cari bahagian ‘Customer Service’ & tekan ‘eRefund’
Bagi mereka yang belum pernah membuat pendaftaran kad secara atas talian, anda disarankan untuk membuat pendaftaran di portal MyTouchnGo.
Kemudian barulah anda dapat melihat transaksi, semak e-penyata, membuat kemas kini maklumat untuk mendapatkan semula wang baki di dalam kad TNG.

1) Bukak website Touch n Go
2) Cari 'Customer Services' & click 'eRefund'
Kalau siapa yang belum register kad online, register dulu dekat MyTouchnGo Portal.
Then baru korang boleh tengok transaction, semak e-penyata, kemas kini maklumat & dapat balik duit baki. pic.twitter.com/5RuiimJLRa
— AS (@anisssurayaaa) July 28, 2022
Syarat-syarat yang perlu dilengkapkan untuk membuat pemulangan wang melalui eRefund:
#1 Pemegang akaun Malaysia
Anda hendaklah memastikan bahawa nama pemilik akaun bank dan ID merupakan individu kepada pemilik kad yang sama.
Ini kerana, pembayaran kepada akaun pihak ketiga adalah tidak boleh dilakukan.
#2 Pemegang akaun asing
Pembayaran semula wang akan dilakukan menerusi pindahan telegraf (TT) dan anda juga perlu memastikan nama pemegang akaun bank, nombor akaun, nama bank, alamat bank serta swift kod adalah sama dengan pemilik kad.
Untuk maklumat anda pemulangan wang hanya akan dilakukan jika ia melebihi RM100.
2) Pemegang Akaun Asing
– pembayaran akan dibuat through Pindahan Telegraf (TT)
– make sure nama pemegang acc bank, no acc, nama bank, alamat bank & swift code sama dengan pemilik kad
– hanya refund kalau melebihi RM100— AS (@anisssurayaaa) July 28, 2022
#3 Touch n Go eWallet
Pastikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan pada portal MyTouchnGo adalah sama dengan akaun eWallet anda.
Pemulangan wang hanya akan dilakukan kepada akaun eWallet yang disahkan sahaja.
Untuk maklumat, proses eRefund ini akan mengambil masa selama 30 hari dari tarikh permohonan eRefund dilakukan.

Manakala bagi kad yang dicuri atau hilang, jumlah pemulangan wang anda adalah berdasarkan jumlah yang direkodkan semasa tarikh permohonan eRefund dilakukan.
eRefund ni proses dia ambik masa dalam 30 hari dari tarikh korang mohon eRefund.
Untuk kad yang kena curi or hilang, total refund adalah based on total yang direkodkan pada tarikh korang mohon eRefund. pic.twitter.com/2cFlKFirxh
— AS (@anisssurayaaa) July 28, 2022
Buat pendaftaran bagi mereka yang belum melakukannya
Oleh itu, bagi mereka yang belum membuat pendaftaran secara atas talian, anda disarankan untuk mendaftar dahulu bagi memudahkan proses pemulangan.
Ini kerana ia memudahkan sistem untuk membuat rekod kepada transaksi kad anda untuk membuat pemulangan wang.
Kalau yg baru beli kad & belum register online, register je terus! Mana tahu jadi apa apa nanti senang blh refund duit dlm tu.
Btw ada job seekers tak kt sini? Anis nak recommend korang cari kerja kosong kat sini > https://t.co/5tok2GZZM0 ada lebih 300K jawatan kosong dalam tu.
— AS (@anisssurayaaa) July 29, 2022
Jadi bagi mereka yang mungkin sedang mengalami masalah seperti ini, anda mungkin boleh mengikuti langkah serta syarat yang diberikan.
Kami berharap agar perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan isu ini.