Wanita sebak kongsi ‘persiapan’ bapa sebelum meninggal dunia
Ajal dan maut merupakan perkara yang dirahsiakan Allah S.W.T namun sebagai hamba Nya, kita perlulah sentiasa bersedia untuk berdepan dengan kematian yang pasti satu hari nanti.
Anak kongsi ‘persiapan’ bapa
Terbaru, perkongsian dibuat seorang pengguna TikTok bernama Esya yang memuat naik beberapa tangkap layar di TikTok memaparkan persiapan dibuat arwah ayahnya sebelum pergi dijemput Ilahi pada 14 Jun yang lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Esya memaklumkan arwah bapanya sudah melangsaikan bayaran khairat kematian serta telah menyediakan wang yang mencukupi bagi membiayai majlis tahlilnya.
Bukan itu sahaja, arwah bapanya turut berkongsi kata laluan (password) bagi akaun bank atas taliannya serta nombor telefon majikan kepada salah seorang anaknya.
Ayah dah bayar khairiat kematian ayah dan ibu. Simpan gambar ni dalam telefon kamu.
Kalau ayah mati kamu tak perlu keluar lima sen pun, duit tahlil tiga hari untuk ayah pun ayah dah siapkan.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan perkongsian Esya ini dan mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
https://www.tiktok.com/@esyhnfie/video/7248449263875788033