Wanita sedut mata lembu mentah bikin netizen loya

Wanita sedut mata lembu mentah bikin netizen loya

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha pastinya dinantikan-nantikan dengan sesi penyembelihan yang dapat merapatkan ukhuwah antara penduduk setempat.

Namun begitu, seorang individu telah mencetus rasa loya dalam kalangan netizen apabila dirinya memakan mata lembu mentah.

Mata lembu

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Najiha memuat naik video dirinya yang memotong mata lembu lalu makan.

Dalam video tersebut, Najiha turut sempat berkongsi rasa mata lembu yang dimakan mentah itu.

Rasa masin gitu.

Lendir tu yang rasa sedap. Kalau mata bulat tu hanyir.

Walau bagaimanapun, hal itu memberikan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Loya tekak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan keberanian individu tersebut untuk menjamah mata lembu mentah yang dikongsi bersama suaminya itu. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang mengatakan khasiat mata lembu baik buat mengubati masalah buah pinggang.

Sumber: TikTok @nanajiha.97