Wanita tinggalkan motor dan terjun bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang

Wanita tinggalkan motor dan terjun bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang

Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh nelayan yang menemuinya selepas wanita terbabit nekad terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang, Kilometer 7.4 arah pulau, semalam (23 Mei).

Mangsa yang berusia 27 tahun itu sebelum ini dikatakan telah meninggalkan motosikalnya jenis KTNS Rhino 125 yang berwarna hitam bersama topi keledar merah jambu di tepi tembok jambatan kira-kira pukul 2.40 petang.

Kejadian terbabit turut mendapat perhatian daripada pengguna jambatan berkenaan yang pada waktu itu dalam perjalanan menghala ke arah Seberang Perai.

Pihak bomba terima panggilan ancaman bunuh diri

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 2.47 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Wanita terbabit telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berhampiran lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis marin untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kejadian yang sama turut berlaku Sabtu lalu (21 Mei), seorang wanita berusia 43 tahun berjaya diselamatkan seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak setelah cuba terjun dari kilometer 3.4 dari arah Perai ke bahagian pulau.

Menamatkan hidup bukanlah jalan kepada penyelesaian masalah. Walaupun anda berdepan pelbagai masalah dan kesakitan emosi, berikan jarak antara pemikiran dan tindakan.

Talian bantuan

Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: [email protected]
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: [email protected]
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: [email protected]
Laman web: https://www.awam.org.my