Zahid kata dia tak jealous Ismail Sabri jadi PM

Zahid kata dia tak jealous Ismail Sabri jadi PM

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak cemburu apabila Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya Ahmad Zahid berkata Umno beruntung memiliki wakilnya sebagai Perdana Menteri sehingga memudahkan banyak cadangan-cadangan dikemukakan parti itu diluluskan oleh kerajaan.

“Kita beruntung kerana ‘ber-PM-kan’ wakil kita dari Umno. Cuma jangan ‘jealous-lah’ beliau jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah ‘jealous’.

“Sebab saya yang mencadnagkan beliau jadi Perdana Menteri. Tanya dengan Ahli-Ahli Parlimen yang ada… 43 Ahli Parlimen selepas mesyuarat Majlis Tertinggi kita berjumpa, sy beritahu hanya satu nama saja kita calonkan iaitu Ismail Sabri.

“Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) kalau nak, tunggulah. ‘Bosku’ (Datuk Seri Najib Razak) dengan saya, kita terima hakikat bahawa rezeki tidak pernah salah alamat.

“Saya fikir kalau lepas ini rezeki Tok Mat, mungkin selepas PRU16 ke, Kalau rezeki Tok Mat selepas PRU15, rezeki Tok Mat tak salah alamat juga. Yang selalu salah alamat, rezeki Bosku dgn rezeki saya,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajaknya lompat parti untuk menyertai Bersatu namun beliau enggan.

“Oleh kerana saya tidak mahu membubarkan Umno, 10 hari selepas itu saya dibawa ke mahakamah dan diheret ke sana. Tidak apa. Demi umno. Demi perjuangan kita. Begitu juga bosku,” katanya.