Zumba: Lebai halal, orang lain haram!

Zumba: Lebai halal, orang lain haram!

 

1.Teringat kembali aku satu Peristiwa semasa aku menjadi calon Amanah di N24 dun Beting Maro pada PRN11 Sarawak.

2.Kami mengadakan aktiviti berMukun bersama orang-orang kampung tengah pusa di dun Beting Maro.

3.Aktiviti bermukum ini adalah acara bertandak/berjoget dan berpantun dengan paluan gendang.

4.Aktiviti ini satu-satunya hiburan istimewa bagi penduduk kampung pusa sejak berzaman lagi dan merupakan juga acara Budaya dan tradisi Masyarakat Melayu Sarawak.

5.Semasa aktiviti Kami bermukun itu lah Kami telah dirakam oleh puak2 lebai yang ada Ketika itu juga kerana berkempen Untuk calon mereka di situ .

6.Aktiviti Kami itu diviral seantero Malaya.kononnya Amanah ini membawa program maksiat kepada penduduk kampung.

7.Paling teruk kena tibai Sulaiman Ibrahim aka leman raja lawak ngan aku.aku masih ingat lagi macam2 cacian,hinaan dan kecaman leman ngan aku dapat.macam-macam lah gelaran yang diberi kepada Kami berDua.

8.Aku ingat Peristiwa itu lenyap lepas berakhirnya PRN11 tetapi tidak.Cerita Kami ini diulang-ulang bertahun-tahun lamanya hingga kini. dijadikan sebagai
modal memburukkan nama Parti Amanah, aku dan leman.

9.Sekarang ini Kita tengok..dia pun bergelok sakan berzumba dengan wanita sambil pakai kopiah.aku ngan leman dulu sekurangnya tidaklah berkopiah dan bergelek sakan.

Moral of story
Mengata dulang paku serpih

Ertugrul Hud AlGhazi